21 September 2014

K E R I N D U A N

Setelah sekian lama menyepi, setelah lama tidak menaip di sini.
Memang tipulah kalau lansung tidak rindu kan.
Cuma masa tidak mengizinkan saya untuk sentiasa update belog.
Inilah masalah kepada pelajar-pelajar final sem yang maw kejar assignment yang berlambak.
Kalah toq, doktor punya kerja. HAHAHAHA. Just kidding.
Sekarang keberadaan di Inanam. Tempat yang jarang-jarang saya datang.
I mean Klinik Kesihatan. Untuk sebulan ney terpaksa berpisah dengan mereka.
Sabarlah wahai hati. Itulah kehidupan. Tiada yang indah.
Banyak sebenarnya maw di luahkan, tapi pasti ada yang akan terluka.
Dan saya tidak mahu begitu.
Walau buruk macam manapun, dia pernah jadi orang yang penting dalam hidup saya.
Pengalaman memang banyak mengajar saya mengenai kesetiaan.
Teramat perit rasa bila orang kau percaya, rupanya dalam diam khianati kau.
Siapa tidak marah? Saya ada hak untuk marah.
Tapi lagi teruk kalau sudah terang kenyataannya tapi di bidas sebaik-baiknya oleh badut-badut itu.
Dan akhirnya kesalahan tersebut kembali kebahumu sendiri.
Tidakkah itu BODOH namanya? Tidakkah itu KURANG AJAR namanya?
Bijak memanipulasikan keadaan. Ya memang itu kepakarannya.
Dan akhirnya manusia-manusia yang buta mula bercakap. Mula berbicara.
Perkara yang akhirnya menimbulkan fitnah.
Aku tidak kesah, kau yang perlu kesah.

Ya Allah, Ampunilah hambaMu yang serba kekurangan ini.
Sesungguhnya kerinduan terhadap mereka tidak pernah luntur dek kerana kenangan indah bersama.
Angin sampaikan salam rindu ini. Biarpun lansung kita tidak dihargai.

With Love,

-yean-

Publish!!!

No comments :

Post a Comment

Tabung :)