14 August 2019

My Little Muchkin ❤️

Assalamualaikum.

Finally, I got times to update this blog after all this time. Hehe.


This is AYANA SOFEA's day one of life

It started after my nurse yang jaga saya sementara masih berklinik di Ranau. They ask me to admit on 2nd of April. Then doktor yang jumpa saya d hospital tu refered me to Hospital Likas sebab kununnya sya primi and ada GDM on diet control. Masa tue penyesalan tak guna sebab niat di hati maw beranak di Ranau tak kesampaian the terpaksa pula beranak jauh d KK. Susahkan my mama and husband seja.

Bila sampai di Bilik Penilaian tue on 3rd of April, okay laaaaa. OS suda buka 3cm masa tue. Tapi still steady jak. Belum berapa sakit but ada suda contraction tapi tak kerap lagi. Then lepas tunggu 3jam baru dapat katil. Okay laa. Bilik dapat bertiga. Okay laaa. Dalam sehari tue menunggu la ney bukaan. Contraction dah semakin kerap, but still I can tahan laa. Mama dengan husband stay rumah kazen tapi husband menunggu dalam kereta jak. Ready kunun kalu malam tue maw delivered. Tapi tak jugaa! Saya masa tu tak boleh diam. Berjalan la ke depan ke belakang ukur wad tu. Tips dari ibu-ibu yang suda beranak. 🤣

On 4th day of April, mama dengan husband sempat la melawat walaupun banyak habiskan masa di luar wad daripada di dalam wad. Kesian juga biarkan dorang menunggu. Tengah hari tu start sudah contraction kerap tapi kuatkan hati juga untuk berjalan ukur wad supaya hilang sakit. Bila duduk jak sakit yang teramat so baik berjalan2. Jam 2 petang tue tak ble tahan suda, lima minit tue maw 3kali contraction. Bila tidak tahan suda tu sya tekan bell, and datang la staffnurse dengan houseman sorang. Dorang cek bukaan suda 8cm. 😱 Dengar jak 8cm terus nanggis. Baru terasa sakitnya tue. Lepas tue terkejar2 kena tolak masuk labour room jam 3 petang tu. 

Masuk labour room menunggu lagi sampai rasa macam maw membuang air besar. 6 jam menunggu tiada progress. Bukaan maintain 8cm tapi air ketuban sudah pecah jam 5 petang tu. Bacaan jantung baby still good tapi saya yang tak good. Macam cacing kepanasan di katil. Tak tahan suda. Husband di tepi bawa cerita pun saya tak mampu sudah layan. Specialist datang cek perut, dya kata baby tak besar ney, dalam 3.4kg jak ney. Dya kata lagi, maybe baby punya position yang senget or mendongak kot. Masa doktor tue cakap, sya mampu dengar jak, tak mampu maw beri reaction. Sebab pain score memang 10 da ney. 

Then they decided untuk push ke Operation Theater for Emergency Lower Segment Cesarian Section Secondary to Secondary Arrest. Masa tu dalam hati malar cakap "cepatlah, tak tahan suda ney". Tak sedar masa berlalu tup tup depan pintu OT suda. Bila suda baring atas meja bedah tu, curiousity makin bertambah. 3 kali jua cucuk epidural baru dapat. 

Tepat jam 9.25pm bersamaan 4th of April 2018, keluarlah Ayana Sofea Binti Azmin. First time dengar tangisannya tu saya pun keluar air mata tanda syukur everything goes well. Syukur Alhamdullillah. Nikmat Allah swt mana lagi yang kau dusta kan.


Ayana Sofea's latest picture.

To Ayana Sofea, semoga membesar jadi anak yang solehah, pemanis keluarga, berjaya dalam hidup dan berguna kepada masyarakat. Semoga sentiasa dalam lindungan Allah swt. Aamiin.


With love,


Yean.


Publish!!!

01 March 2019

Parents To Be


Hey guyss. It is been a long time. 

Hampir dua tahun tidak update belog ini. 1 year and 7 months.
Banyak benda jadi dalam kehidupan.

Alhamdullillah, life is good for now and it is getting better. 
We have been pregnant for 35 weeks now. Alhamdullillah syukur.
Saya harap ini akan mengeratkan lagi hubungan kami berdua, insyaAllah. Semoga semuanya di permudahkan oleh Nya.

Kepada sesiapa yang masih setia mengikut belog ini, terima kasih banyak banyak.
Doakan perjuangan saya yang belum selesai ini. Hehehe.
May Allah swt bless all us.

Much love,

yean.


Publish!

Different Path of People Life


Terbaca satu tazkirah yang sangat baik untuk dikongsikan kpd kita semua sbg tazkirah dan muhasabah diri...

Dalam dunia ni, semua benda bergerak dalam zon masa masing-masing.

Ada yang masih single.
Ada kahwin 20 ribu belanja, sebulan dah berpisah.
Ada yang dah kahwin 10 tahun tapi masih belum ada anak.
Ada yang baru kahwin bulan lepas, hari ni dah mengandung.
Ada yang grad umur 23 tapi terpaksa tunggu 5 tahun sebelum dapat kerja tetap.
Ada juga yang grad umur 29 tapi lepas grad terus dapat kerja jawatan tetap.
Ada yang muda lagi umur 25 jadi CEO tapi umur 50 dah meninggal.
Ada juga yang umur 50 baru jadi CEO dan hidup sampai umur 90.


Zon masa kita semua tak sama.
Jadi tak perlu merasa kita 'tertinggal' hanya bila nampak orang lain lebih berjaya.
Masa kita belum sampai.


Obama retired at 55, tapi Trump 'bermula' pada umur 70.
Hanya zon masa mereka saja yang berbeza.
Tapi sama-sama dapat jadi Presiden.


Ada yang dipanggil Datuk pada usia 47 tahun, dan ada yang dah ada cucu di umur yang sama.
Malah ada yang baru menimang cahaya mata pertama di umur yang sama.


Ada yang 'depan' dari kita.
Tapi ada juga yang 'belakang' kita.

Semua orang bergerak dalam laluan yang berbeza pada zon masa yang berlainan.
Allah ada perancangan berbeza untuk kita semua.

Jangan dengki, jangan sakit hati, jangan sedih.
Mereka bergerak dengan zon masa mereka dan kita pun ada zon masa sendiri.


You are not late.
You are not early.
You are just on time.

Jangan stress.
Percayalah bahawa perancangan Allah jauh lebih baik, rezeki kita telah dicatit olehNya.

Tabung :)