05 April 2016

At the age of 25.

Assalamualaikum wbt.

Hakikatnya belum 25 tahun tapi bahang umur tue terasa suda sekarang ney. Panas telinga. Di bawah ney another karya yang di copy and di pastekan ke belog saya yang tak seberapa ney. Saja untuk perkongsian, tatapan di hari tua kelak.

Bila dah 25.
Masih lagi belajar,
Orang sibuk bertanya,
Bila nak kerja?
Bila nak kahwin?

Bila dah 25,
Dah ada kerjaya,
Yang tak semegah mana
Cukup sekadar apa yang ada,
Orang sibuk bertanya,
Bila nak kahwin?

Bila dah 25,
Dah kahwin.
Dah ada kerjaya,
Dah habis belajar,
Oh orang masih lagi bertanya
Perihal anak pula.

Alahai ibu ayah,
Mak cik pak cik,
Atuk nenek.
Wahai sekalian makhluk,
Meh saya nak bercerita,

Siapa yang tak nak habis belajar diusia muda?
Siapa yang tak nak dapat kerjaya yang hebat?
Siapa yang tak nak kahwin?
Siapa yang tak nak anak?
Kami nak.

Ada orang rezekinya pandai dalam akademiknya,
Tapi, lambat kerjayanya dan pernikahannya
Ada orang rezekinya hebat dalam kerjayanya,
Tapi, kurang dalam akademiknya dan pernikahannya,
Ada orang rezekinya memiliki segalanya di usia muda,
Tapi, dia diuji dengan cara berbeza.

Bukankah Dia dah tetapkan rezeki kami?
Dengan cara yang berbeza?

Bukan niat kami ingin melatah,
Apatah lagi membelakangkan kalian,
Jauh lagi ingin mempersoalkan tindakan kalian,
Kami tahu soalan itu sekadar bertanya,
Mengambil kisah dan prihatin tentang hidup kami.

Cuma kami ingin pengertian kalian,
Andai kalian membaca,
Andai kalian mengerti,
Doakanlah yang terbaik buat kamni,
Semoga doa kalian membuka pintu-pintu rezeki kami,
Dari arah yang berbeza.😘



Si gadis semasa.

Yean.



Publish!!

No comments :

Post a Comment

Tabung :)