26 April 2016

Kau kena kuat.

Assalamualaikum wbt.

Hari ney maw berkongsi pasal . . .




Kau kena kuat. 

Kau tahu. Hidup ini bukan mudah. Saat kau dilahirkan dulu, ibumu bertarung nyawa. Peritnya hanya Tuhan yang tahu. 

Kau lihat ibu senyum. Ayah tenang. Cerita keperitan telah mereka pendam. Agar kau senang jalani kehidupan. Mereka dulu telah rasa pahit maungnya. Lebih mengerti sakit dalam hati. 

Bila kau dewasa. Kau cari erti bahagia. Sedang Allah telah beri rasa itu dalam rasa hidup berkeluarga. Meski secebis. Meski famili berantakan misalnya namun kau masih dijaga dan dilindungi. Bukankah itu bahagia yang tak kau nampak. 

Kau nak lebih bahagia. Kau tamak. Kau cari bahagia melalui manusia lain. Kau campak rasa percaya rasa cinta. Tapi seringkali rasa itu dikecewa lantaran bahagia itu tak semudah teori bayangan.

 "Kenapa aku tak dapat bahagia yang aku inginkan?" Bahagia itu bila kau belajar bersyukur. 

Kau ada siapa sekarang, kau syukur. Kau hargai. Kau ada ibu, kau syukur. Kau ada ayah, kau syukur. Kau tiada keduanya kau ada adik beradik, kau syukur. Kau tiada sesiapa tapi kau ada orang yang sudi dengar aduan kau, kau syukur. 

Hatta kau tiada sesiapa, kau syukurlah. Syukur kerana masih ada rasa. Tuhan masih beri kau rasa. Kau tak gembira sekalipun, lidah masih kecap rasa. Perut masih terasa lapar. 

Kau jua masih ada hati. Meski hati itu kosong. 

Tugas kau, isi rasa kosong itu dengan rasa yang padu. Selama ini kau sedaya penuhkan dengan kasih insan. Cuba kau isikan dengan kasih Tuhan. Cuba. 

Bila kasih Allah sudah bersarang, kau tidak perlukan sandaran lain lagi hatta dunia ini tidak bererti lagi. Kau terasa ingin segera berehat di kuburan. Kau terasa segera nak ke akhirat. Perindu yang merindukan Kekasihnya Rabbul Jalaali wal Ikram. 

Selagi dunia masih di hati. Kasih Ilahi pasti tidak kau rasai. 

Kuatlah. Kau kena ingat, dugaan membadai untuk hapuskan nafsumu yang membara pada duniawi. Nasrun minallah. Pertolongan dari Allah lah itu. 
Hati sedih sebab nafsu hasut "cintalah dunia, cintalah dunia!" Buat hati terpagut lesu bagai dirantai kaki pada tiang dunia selamanya.
 
Kuatlah. Kau kena kuat lagi. Makin kau cuba lupakan dunia, makin kuat kelazatan dunia mengerumunimu. 
Kuatlah. Kau kena kuat lagi. 
Terus kuat. 

#tunangkutidaktampan #copyandpaste


Strong girl,



Yean.


Publish!

No comments :

Post a Comment

Tabung :)