Berapa ramai dari kita yang pernah putus cinta? Aku percaya, dalam 100 orang, 99 darinya pernah putus cinta. Kan? Mengaku jelah cepat. Masa korang bercinta, pernah tak korang kata pada diri sendiri begini;
"Dia cintaku yang terakhir. Aku akan cintakan dia sampai bila bila, biarpun aku dan dia tidak ditakdirkan bersama."
Cehwah! Bajet cinta suci jelah kan? Sudah ditakdirkan kau bukanlah pemilik tulang rusuk kirinya sepertimana yang tertulis di dalam rencana dan kalam masa depan yang engkau angankan selama ini. Kau frust. Kau merana. Kau pergi membawa hati yang luka lalu kau berjanji pada diri bahawa kau akan pelihara cinta dan kasih sayang engkau hanya untuk dia. Kau mahu tutup pintu hati engkau. Sungguh sungguh kau mahu kunci pintu hati engkau biar tidak dapat dimasuki sesiapa pun.
Kau rasa, kau bahagia kalau kau buat begitu? Cuba lihat pulak hidup lelaki yang buat hati kau sengsara, apa kisahnya? Hidupnya baik baik saja. Dilingkungi teman teman keliling sedang kau meroyan sorang. Makan entah ke mana, kerjaya juga kau abai begitu sahaja. Hidup kau sudah tidak serupa hidup. Kau penjarakan hati dan jiwa kau demi lelaki yang tak mampu beri kau bahagia walau untuk secebis pun. Eh!
Seandainya ada antara korang yang sebegini rapuh, tolonglah bangkit kembali dan jadi kuat demi untuk kebahagiaan kau sendiri. Bahagia itu kita yang corakkan. Bebaskan diri dari belenggu cinta yang sia sia. Tuhan tidak akan pernah berkata Tidak kepada setiap permintaan kita. Semua akan diperkenankanNya. Cuma lambat atau cepat sahaja yang membezakannya.
Aku mengaku, dulu aku pernah serapuh itu tapi come on lah kan! Sebenarnya pada permulaan fasa kecewa sahaja kita jadi manusia yang serapuh rapuh manusia. Tapi, seiring dengan masa yang berlari, kau akan pulih. Kau akan jadi manusia yang lebih kuat. Dengan syarat, kau jangan jadi manusia bodoh. Kau mesti bina kekuatan untuk bergerak ke hadapan. Kau mesti kena ada usaha untuk melupakan. Jangan terus membelenggu diri engkau dengan cinta yang bajet bajet suci, setia membuta tuli. Cuba kau amat amati semula, apa berbaloi meletakkan setia kepada orang yang tidak cintakan kita?
Tahu tidak apa penawar yang paling baik punyaa? Penawar yang paling unggul itu adalah doa. Kau akan kecapi manisnya nanti selepas pahit. Akan tibanya bahagia selepas air mata. Pada suatu waktu yang benar benar tepat, di suatu tempat yang benar benar indah, tuhan akan hadirkan seseorang untuk melengkapi hidup kau, mampu membuatkan kau bahagia dan merasa terwujudkan. Prof pernah cakap:
"Cintailah dia yang lebih menyintai kau, yang lebih dalam cintanya berbanding cinta kau terhadap dirinya. Setelah itu nanti kau akan merasa lebih bahagia."
Aku akui kata kata beliau. Benar belaka.
Jangan layankan sangat merana dan lara hati itu lama lama. Bila hadir saja insan yang mampu membahagiakan kau, hargai lah dia, bersyukur dengan segala kurniaanNya. Jangan teringatkan sangat akan cerita semalam yang telah jadi sejarah, jangan pula terlalu obses menilik masa hadapan yang kita sendiri tidak pasti akan terang kelamnya, malah berbahagialah dengan hari ini yang telah tuhan kurniakan untuk kita.
Live your own life, be happy!
-yean-
Live your own life, be happy!
-yean-
Publish!!
No comments :
Post a Comment