Kisah silam.
Saya rasa bagai membuka pekung di dada. Tapi tujuan saya sharing kisah saya pada orang hanya untuk dijadikan pengajaran semata-mata. Bukan sebab saya cuba untuk mencari perhatian atau glamour. Saya tak rasakan yang saya perlu semua itu.
Saya ingin bahagia. Dari kecil hingga sekarang. Saya rasa cita-cita sebenar saya adalah untuk menjadi orang yang bahagia sepanjang hidup saya. Tapi disebabkan kebodohan saya yang hanyut pada cinta seorang adam membuatkan saya takut untuk mengejar bahagia itu dan cuba untuk lari dari kenyataan sebenar.
Pertemuan pertama pada usia seawal 14tahun. Saya jatuh hati kepada seorang jejaka yang ketika itu berusia 25tahun. Kami mula berkawan sehingga dia menjadi tempat untuk saya meluahkan segala suka duka yang say lalui kepadanya.dya tidak pernah jauh dari saya. Sentiasa ada untuk saya. Sempat dia hadiahkan sweater kesayangan dia untuk saya pakai semasa peperiksaan PMR. Terasa dekat rasanya bila memakai sweater tue. Tapi saya tahu siapa dia sebenarnya. Dia diminati ramai orang. Ramai kenalan perempuannya dan saya tak tahu saya yang keberapa. Kadang-kadang bila hanyut dengan perasaan sendiri, saya akan memujuk hati dengan menyatakan bahawa saya tidak setanding dengan perempuan-perempuan yang dia kenali. Saya sedar beza umur yang terlalu jauh itu, tapi saya tidak mampu untuk mengelak rasa minat itu memekar sehingga menjadi sayang. Seorang adam yang merupakan abang kepada sahabat baik saya sendiri. Ya saya tahu itulah perkara bodoh yang pernah saya lakukan. Disebabkan batasan itu, disamping dya menyukai org lain ketika itu, saya memulihkan perasaan dan cuba lari kepada orang lain.
Ya hubungan itu sekadar tepuk sebelah tangan. Hakikatnya, saya terima dia hanya atas sebab mencari kepopularan dikalangan remaja ketika itu. Ya, saya dikenali dan ditakuti disebabkan saya adalah "kekasih hati" orang itu. Remaja mana yang tidak naik minyak bila ada kekasih sehebat itu. Tapi hidup saya terkonkong. Setiap pergerakan saya diperhatikan oleh mata-matanya. Setiap pergaulan saya terbatas. Hanya kerana perasaan cemburu buta yang menghancurkan hubungan itu. Hubungan yang tiada arah. Hubungan yang tidak direstui. Orang putih cakap "On-Off relationship".
Sehingga satu tahap, saya nekad untuk lari darinya. Saya terima tawaran sambung belajar dan putuskan semua link-link yang memudahkan dia menjejaki saya. Lega. Akhirnya saya mampu bernafas. Namun di saat itu lah cinta pertama saya hadir semula. Cuba memperbaiki hubungan persahabatan yang goyah disebabkan saya lari kenyataan itu. Semakin hari semakin sayang. Disebabkan saya tak sanggup untuk menerima kenyataan, akhirnya saya beritahu dia, saya mula meminati seseorang. Saya cuba tipu diri sendiri. Hakikatnya, Allah sahaja yang tahu. Bila saya di"reject" oleh lelaki yang kononnya saya minat itu, dia datang memujuk hati. Sehinggalah kami menjadi sepasang kekasih. Officially. Allah saja yang tahu perasaan saya ketika itu.
Tapi siapa sangka, ingatkan cerah hingga kepetang rupanya hujan ditengah hari. Tiada angin tiada ribut, hubungan yang tidak sampai pun 5 bulan berakhir begitu sahaja. Indahnya hanya 2-3 bulan pertama. Dua bulan bagai tergantung tiada kata putus. Sengsaranya hati bila sudah berkorban segalanya untuk perjuangkan hubungan itu, setelah lama menanti kebahagiaan duniawi itu, setelah diberi janji-janji yang akhirnya tidak mampu dikotai, akhirnya aku rapuh, pecah berderai. Tiada siapa disisi. Kecuali mama. Ya mama banyak berkorban dan banyak terluka oleh hubungan yang berakhir hanya sia-sia itu. "Mula hari ini kau tidak terikat dengan saya lagi" itulah pesanan ringkas terakhir dia beri kepada saya. Tidak lama kemudian, akhirnya dia menikahi wanita yang jauh lebih baik dari saya. Tahniah.
Terlalu banyak yang berlaku dalam hubungan itu yang membuatkan saya tidak mampu untuk mencintai orang lain, yang membuatkan saya tidak layak untuk rasa bahagia, yang membuatkan saya takut untuk hidup. Ada ketikanya saya terfikir untuk mengakhiri nyawa ini, tapi saya tidak mahu mati dengan dosa-dosa lalu saya. Saya mahu kembali kepada-Nya walaupun adakalanya saya menjadi lalai. Lalai dengan nikmat dunia. Repent.
With love,
Y.
Publish!
No comments :
Post a Comment